Monday, October 25, 2010

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Perpustakaan


Apa Itu MS ISO 9000
~ ISO adalah singkatan kepada International Organization For Standard.
~ Bertujuan untuk memantapkan system penyampaian perkhidmatan bagi member focus kepadamkehendak dan ekspektasi pelanggan.
~ Blueprint bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan system penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi.
Ciri-ciri sistem pengurusan kualiti
1.       Pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah berlaku.
2.       Kajian semula berterusan kea rah inovasi dan penambahbaikan.
3.       Cara bekerja yang konsisten, betul dan pertama kali dan setiapkali.
4.       Kerja berasaskan dasar, peraturan, undang-undang dan prosedur. Penyimpanan rekod sebagai bukti pelaksanaan.
8 prinsip Pengurusan Kualiti
1.       Tumpuan kepada pelanggan
2.       Kepimpinan
3.       Penglibatan anggota organisasi pendekatan proses
4.       Pengurusan yang mengamalkan pendekatan system
5.       Penambahbaikan secara berterusan
6.       Pendekatan membuat keputusan berasaskan fakta dan
7.       Hubungan dengan pembekal untuk faedah bersama
Keperluan Sistem Pengurusan Kualiti
Klausa1 : Skop
Klausa 2 : Rujukan Normatif
Klausa 3 : Definiosan & Istilah
Klausa 4 : Sistem Pengurusan Kualiti
Klausa 5 : Tanggungjawab Pengurusan
Klausa 6 : Pengurusan Sumber
Klausa 7 : Penghasilan & Penyamppaian Produk/Perkhidmatan
Klausa 8 : Pengukuran, Penganalisaan & Penambahbaikan

Apa itu Audit Pematuhan
Kajian semula secara berkala terhadap SPK organisasi oleh pihak ketiga pemndaftar (Contoh: QAS). Ia dijalankan setiap 6 bulan atau 12 bulan bagi memastikan organisasi menunjukkan tahap pematuhan terhadap keperluan standard.

Apa tujuan audit pematuhan?
Memastikan organisasi mematuhi keperluan Kualiti MS ISO 9001:2008. Juruaudit melihat kepada bukti (rekod kualiti) pelaksanaan iystem kualiti yang dijalankan bagi memastikan keberkesanannya di samping elemen penambahbaikan secara berterusan.

Model sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 berasaskan pendekatan proses
Pelaksanaan standard-standard di bawah MS ISO 9001:2008, adalah berdasarkan kepada pendekatan proses. Agensi perlu merancang dan menyediakan sumber-sumber serta melaksana proses-proses dalam SPK bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan. Output sesuatu prosesitu akan menjadi input kepada proses berikutnya dan perlu diurus sebagai satu system bagi mencapai objektif agensi. Hubung kait antara proses-proses tersebut jelas digambarkan di dalam struktur standard MS ISO 9001:2008, khususnya di dalam seksyen 4 hingga seksyen 8. Keperluan bagi pengurusan atasan bagi melaksanakan penambahbaikan secara berterusan terhadap SPK turut diberi penekanan melalui pendekatan ini.

No comments:

Post a Comment