Monday, October 25, 2010

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Perpustakaan


Apa Itu MS ISO 9000
~ ISO adalah singkatan kepada International Organization For Standard.
~ Bertujuan untuk memantapkan system penyampaian perkhidmatan bagi member focus kepadamkehendak dan ekspektasi pelanggan.
~ Blueprint bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan system penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi.
Ciri-ciri sistem pengurusan kualiti
1.       Pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah berlaku.
2.       Kajian semula berterusan kea rah inovasi dan penambahbaikan.
3.       Cara bekerja yang konsisten, betul dan pertama kali dan setiapkali.
4.       Kerja berasaskan dasar, peraturan, undang-undang dan prosedur. Penyimpanan rekod sebagai bukti pelaksanaan.
8 prinsip Pengurusan Kualiti
1.       Tumpuan kepada pelanggan
2.       Kepimpinan
3.       Penglibatan anggota organisasi pendekatan proses
4.       Pengurusan yang mengamalkan pendekatan system
5.       Penambahbaikan secara berterusan
6.       Pendekatan membuat keputusan berasaskan fakta dan
7.       Hubungan dengan pembekal untuk faedah bersama
Keperluan Sistem Pengurusan Kualiti
Klausa1 : Skop
Klausa 2 : Rujukan Normatif
Klausa 3 : Definiosan & Istilah
Klausa 4 : Sistem Pengurusan Kualiti
Klausa 5 : Tanggungjawab Pengurusan
Klausa 6 : Pengurusan Sumber
Klausa 7 : Penghasilan & Penyamppaian Produk/Perkhidmatan
Klausa 8 : Pengukuran, Penganalisaan & Penambahbaikan

Apa itu Audit Pematuhan
Kajian semula secara berkala terhadap SPK organisasi oleh pihak ketiga pemndaftar (Contoh: QAS). Ia dijalankan setiap 6 bulan atau 12 bulan bagi memastikan organisasi menunjukkan tahap pematuhan terhadap keperluan standard.

Apa tujuan audit pematuhan?
Memastikan organisasi mematuhi keperluan Kualiti MS ISO 9001:2008. Juruaudit melihat kepada bukti (rekod kualiti) pelaksanaan iystem kualiti yang dijalankan bagi memastikan keberkesanannya di samping elemen penambahbaikan secara berterusan.

Model sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 berasaskan pendekatan proses
Pelaksanaan standard-standard di bawah MS ISO 9001:2008, adalah berdasarkan kepada pendekatan proses. Agensi perlu merancang dan menyediakan sumber-sumber serta melaksana proses-proses dalam SPK bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan. Output sesuatu prosesitu akan menjadi input kepada proses berikutnya dan perlu diurus sebagai satu system bagi mencapai objektif agensi. Hubung kait antara proses-proses tersebut jelas digambarkan di dalam struktur standard MS ISO 9001:2008, khususnya di dalam seksyen 4 hingga seksyen 8. Keperluan bagi pengurusan atasan bagi melaksanakan penambahbaikan secara berterusan terhadap SPK turut diberi penekanan melalui pendekatan ini.

Sunday, October 24, 2010

Apa itu 5S?


5S ialah satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang berkualiti di dalam sesebuah organisasi.
Ungkapan 5S berasal dari perkataan Jepun: SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU, DAN SHITSUKE.
Asal usul

 Amalan 5S merupakan satu program yang berasal dari industri membuat kapal di Jepun pada tahun 1950-an sebagai satu program keselamatan.
Amalan 5S di Malaysia
Sama ada disedari atau tidak, amalan 5S yang berasal dari Jepun, kini telah diterima pakai dan diamalkan oleh kebanyakan industri terkenal di Barat secara formal.
Di Malaysia, amalan 5S secara formal bermula di SIRIM sejak tahun 1993.
Objektif 5S
Persekitaran bersih akan
FMempertingkatkan produktiviti
FMempertingkatkan kualiti
FMengurangkan kos
FPenghantaran mengikut masa
FMempertingkatkan keselamatan
FMempertingkatkan moral